CARA MENGATASI 1
Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti “Program 1 Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara. Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.
NAVADURKA A/P RAJKUMARAN (200046)
CARA MENGATASI 2
Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ini, pertama sekali sebagai bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita seharusnya menguasai dengan baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program 1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, saya rasa kerajaan harus berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami. Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan berhenti berfikir tentang ‘kaum kami’, ‘etnik kami’ tetapi sebaliknya kita harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa Malaysia yang mempunyai kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk merdeka yang akan menjelang ini, saya berharap sebagai seorang Malaysian, kita dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Saya berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita adalah satu dan kita adalah sama sah dari sisi undang undang.
LIM CHYE KHENG (196837)
No comments:
Post a Comment