Monday, August 16, 2010

FAKTOR-FAKTOR


Faktor-Faktor

1.Bahasa dan Cara Berkomunikasi
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.
LAI CHOOI KHUAN (204974) 



2.Saranan dan pengaruh daripada ibubapa
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.
LOI TICK SOON(204689)


3.Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan

Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.
SHAU KEAN YEONG (205018) 

2 comments:

  1. Selepas membaca ini, saya juga berpendapat bahawa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam perpaduan kaum di Malaysia dan tidak harus dipolitikkan.

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat komunikasi yang berkesan adalah terpenting bagi mencapai perpaduan antara kaum.

    ReplyDelete